10 Panduan menggayakan tudung yang perlu di ambil Kira

10 Panduan menggayakan tudung yang perlu di ambil Kira

Pelbagai jenis tudung boleh anda dapati di pasaran. Pilih sahaja mana satu gaya yang anda mahukan; Shawl, Pashmina, Bawal, Tudung Square, Instant Shawl 2 Muka, Instant Shawl Berawning, Instant Shawl Inner Bersilang, Tudung Syria, Instant Shawl Loose Style, Tudung sarung Awning Lembut, Tudung Sarung Berdagu dan pelbagai lagi.

Tetapi, sebelum anda memilih satu tudung, anda perlu pastikan ia sesuai dengan anda. Kalau tidak, Mungkin penampilan anda akan nampak kurang sesuai. Pemilihan bukan sekadar jenis tudung sahaja, ia juga melibatkan jenis material, warna, jenis corak, cutting tudung, padanan pakaian dan bentuk muka seseorang itu.

Ini ada beberapa panduan yang boleh di ambil kira sebelum anda memilih sesuatu tudung itu.



1. Jenis Kain - Pilih tudung yang diperbuat daripada kain kapas dan chiffon kerana ia selesa dipakai dan berupaya menyerap peluh. Seeloknya pilih tudung yang tidak jarang, tebal tapi tidak terasa panas bila memakainya. Sekiranya Tudung Yang sudah berkenan itu agak jarang, pastikan anda memakai inner yang bersesuaian. Pemilihan fabrik yang berkualiti juga amat penting, jangan sampai tudung yang kita beli itu dari jenis mudah berbulu, susah dibentuk serta keras.

2. Rekaan Tudung - Pastikan rekaan tudung yang anda pilih sesuai dengan bentuk muka anda. Ada sesetengah fesyen tudung hanya sesuai digayakan mengikut bentuk muka tertentu. Kenal pasti bentuk muka anda terlebih dahulu ya. Sebagai contoh, bentuk muka yang agak berisi atau chubby disarankan memilih rekaan hijab yang boleh memberikan kesan wajah yang nampak tirus.

3. Corak yang sesuai - Rekaan corak tudung yang anda pilih hendaklah sesuai dengan busana yang anda gayakan. Pemilihan Corak samaada berbunga, abstrak, corak besar atau kecil juga perlu diambil kira. Tudung polos sesuai dipadankan dengan busana abstrak atau bercorak. Manakala baju polos pula sesuai digayakan dengan tudung bercorak. Begitu juga sedikit corak di bahagian tertentu mampu menyerlahkan padanan cukup menarik.

4. Warna Tudung - Pemilihan warna tudung juga penting. Warna tudung yang gelap dan kusam akan menjadikan anda tampak lebih tua. Jadi, elakkan ya.  Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga. Padanan warna tudung  dengan busana juga memainkan peranan, Perlu diingat padanan warna yang serasi  mempu membangkit seri penampilan seseorang.

5. Pilih Anak Tudung (Inner) Yang Sesuai - Anak tudung atau inner mempunyai pelbagai jenis rekaan dan ia tidak semestinya sesuai untuk digayakan untuk semua bentuk wajah. Anda yang memiliki wajah chubby, perhatikan ukuran anak tudung tersebut. Jangan sampai anak tudung tersebut kecil saiznya, sehingga menekan pipi anda. Secara tidak langsung ia membuatkan pipi anda kelihatan semakin chubby. Untuk wajah chubby, sebaiknya pilihlah inner neck jenis awning yang sedikit panjang melebihi tulang pipi. Ia akan memberikan kesan wajah yang lebih lonjong di bahagian tepi sehingga anda boleh menyembunyikan pipi anda yang chubby itu.

6. Lilitan Ringkas namun Tetap Menutup bahagian Dada - Orang kata "LESS IS MORE", simplicity atau Minimalist dalam bergaya ie tidak perlu keterlaluan, cukup dengan lilitan shawl/bawal/tudung square yang ‘simple’ dan mudah sahaja. Gaya ini lebih sesuai untuk wanita yang bekerja dalam sektor korporat atau pendidikan. Namun Sesimple mana pun kita dalam menggayakan tudung Pastikan lilitan kita itu masih tetap menutup aurat yang sepatutnya.

7. Penggunaan Kerongsang atau aksesori tambahan - Tudung yang digayakan akan kelihatan terletak cantik dengan adanya pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan si pemakai. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget.

8. Solekan Ringkas - Cukup sekadar solekan yang simple dan minimalis. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata sudah mencukupi. "Simplicity with originality is better than super beautiful but imitation'

9. Perwatakan Individu - Tahukah anda bahawa perwatakan anda juga boleh mempengaruhi gaya pemilihan tudung yang sesuai. Wanita yang berperwatakan ceria sebenarnya sesuai menggayakan tudung berwarna cerah dengan rekaan polos atau kurang bercorak/

10. Senyuman Manis - Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.


Sumber : Hijabista


Borang Maklumat Hubungan

Cara Order



Sebarang Pertanyaan atau Tempahan boleh dibuat melalui
1. Email ke anamarzashoppe[a]gmail.com
2. Whatsapp ke 0192513447 atau KLIK DISINI
3. Isi Borang DISINI

Sila Nyatakan
1. Code / Nama koleksi
2. Kuantiti.
2. Saiz

Penghantaran (Shipping)


Kami menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk pesanan yang diterima dari seluruh Malaysia. Caj pos adalah bergantung pada berat barang anda dan lokasi penghantaran.



Penghantaran & Terma Penghantaran
  • Barangan yang dibeli akan diproses mengikut turutan Order dalam tempoh 48 jam hari bekerja selepas pengesahan pembayaran pesanan dibuat.
  • Pesanan akan diproses setiap hari Isnin- Jumaat kecuali Cuti Umum.
  • Semua pesanan akan dihantar oleh perkhidmatan Pos Laju dari Isnin- Jumaat, tidak termsuk hujung minggu dan cuti umum.
  • Standard Tempoh Penghantaran Pos Laju : 1 – 3 hari bekerja bagi penghantaran ke Semenanjung Malaysia dan 2 – 4 hari bekerja bagi penghantaran ke Sabah & Sarawak
  • Apa-apa bayaran yang dibuat pada hari Jumaat hanya akan dihantar pada hari Isnin.
  • Semasa tempoh jualan/promosi, kami mungkin tidak dapat memenuhi penghantaran hari berikutnya. Kami Mungkin akan mengambil sedikit masa dalam 3 hingga 5 hari bekerja, berikutan pertambahan pesanan sepanjang tempoh jualan/promosi berlangsung.  
  • Untuk mengesan status pesanan anda, sila gunakan Tracking ID POSLAJU yang dihantar kepada anda  melalui whatsapp/email . semak status pesanan anda di  pautan: http://poslaju.com.my/track-trace/
  • Dalam keadaaan yang jarang berlaku, dimana produk yang diterima mengalami kecacatan atau kurang atau salah saiz/warna, sila maklumkan kepada kami melalui:
    1. Email ke anamarzashoppe[a]gmail.com
    2. Whatsapp ke 0192513447 atau KLIK DISINI 


Sebagai panduan, berikut adalah antara status penghantaran yang tertera di dalam sistem poslaju yang akan membawa maksud berikut :-

1. Courier is attempting delivery : Item sedang dalam proses penghantaran pada hari ini. Waktu penghantaran kami adalah sehingga jam 6 petang.
2. Consignment arrived at processing center / transit office: Item tiba di pusat agihan / pejabat transit dan sedang dalam proses agihan.
3. Consignment dispatch out from processing center / transit office: Item keluar dari pejabat transit / pusat agihan. Ia akan dihantar ke pusat agihan terdekat sebelum dihantar kepada penerima.
4. Consignment successfully delivered : Item telah berjaya diserah.
5. Unable to deliver the item due to Missed delivery – Item will be deliver next working day : Item ditangguhkan penghantaran kepada keesokan hari.
6. Consignment to be collected at Counter Delivery : Item sedia diambil di kaunter penghantaran.