Set Baju Sekolah Rendah Budak Perempuan

Set Baju Sekolah Rendah Budak Perempuan

Membeli keperluan sekolah anak seperti pakaian sekolah, rata-rata kita kaum ibu ni nak beli di satu tempat atau kedai sahajakan. Agak cerewet jika perlu menapak dari satu kedai ke satu kedai. Terutama jika cuaca ketika itu agak panas dan "askar-askar" yang di bawa pula berderet deret 😄.

Bagi ibu ibu yang agak sibuk pilihan alternatif ialah membeli pakaian sekolah anak secara atas talian (online) sahaja. Betul tak?

Kerana memahami keperluan ibu ibu maka kami sediakan set pakaian sekolah bagi anak perempuan meliputi tudung sekolah awning lembut , tudung sekolah dua lapis, set baju sekolah warna putih dengan pilihan lengan biasa atau lengan bergetah , kain sekolah warna putih atau warna hijau. 

Untuk membeli ibu -ibu boleh klik >> PAKAIAN SEKOLAH <<


Tudung Sekolah Awning Lembut



Mudah dan Selesa. Awning Lembut yang mudah dipakai dan dibasuh. Dihasilkan dengan kain Lycra Korea berkualiti membuatkan kanak-kanak selesa serta gembira memakainya; Sejuk, Lembut dan Gebu. Tidak dinafikan di pasaran ada dijual tudung sekolah awning lembut dengan harga yang lebih murah lagi, tapi jika ibu ibu bandingkan dari segi kualiti kain dan kekemasan jahitan serta cutting tudung itu sendiri ianya cukup berbeza dengan keluaran kami. Maaf, kami hanya berikan kepada rakan-rakan kami kain yg berkualiti sahaja.

Ukuran Khas. Dijahit dengan empat ukuran khas iaitu SS, S, M dan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah.

Size SS sesuai untuk Si Comel berusia 4 - 8 tahun(bersaiz badan kecil).

  • Labuh dari dagu 12 inci +/- 1 inci
  • Lilit muka 18 inci.

Size S sesuai untuk Si Comel berusia 8 - 10 tahun(bersaiz badan kecil).
  • Labuh dari dagu 14 inci +/- 1 inci
  • Lilit muka 20 inci.

Size M sesuai untuk Si Comel berusia 10-12 tahun.
  • Labuh dari dagu 17 inci +/- 1 inci
  • Lilit muka 21 inci.

Size L sesuai untuk Si Comel berusia 11-15 tahun. (Tudung Labuh).
Labuh dari dagu 20 inci +/- 1 inci
Lilit muka 22 inci
.



Tudung Sekolah 2 lapis


Ada sesetengah sekolah yang tak benarkan murid muridnya mengenakan tudung sekolah awning lembut. Jangan Risau kami ada pilihan tudung sekolah 2 lapis juga. tambahan pula kamitahu ada sesetengah anak anak bila di tahap 2 (darjah 4, 5 dan 6) mereka ada citarasa mereka sendiri. lebih suka memakai tudung sekolah 2 lapis berbanding tudung awning lembut. 

Istimewanya Tudung sekolah 2 lapis keluaran Nasuheart ini ialah
  • ianya menggunakan Material Koshibo (tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal).
  • Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah. 
  • Designnya  Lebih tirus di depan, curve di belakang.
  • Ukuran Khas. Dijahit dengan tiga ukuran khas iaitu S, M dan L Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. 
**Model berusia 8 tahun menggayakan tudung saiz M.

Size S sesuai untuk Si Comel berusia 7 tahun.
Labuh dari dagu 14 inci +/- 1 inci
 
Size M sesuai untuk Si Comel berusia 8-10 tahun.
Labuh dari dagu 17 inci +/- 1 inci

Size L sesuai untuk Si Comel berusia 11-17 tahun.
Labuh dari dagu 19 inci +/- 1 inci



Set Baju Sekolah Putih dan Kain Biru atau Hijau


KEISTIMEWAAN SET BAJU SEKOLAH TUDUNGSICOMEL

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi membolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan materiel Koshibo yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Materiel Koshibo kelihatan lebih kemas.

4. Materiel Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Lipatan kain dijahit terus agar mudah digosok.

6. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah(sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

7. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan di beberapa bahagian yang kritikal. Sesuai untuk Si Comel yang lasak (^_^).



SAIZ

Sila semak ukuran (Inci) untuk setiap sais yang kami hasilkan. Cadangan umur yang kami cadangkan adalah cadangan sahaja mengikut saiz biasa kanak-kanak.

Namun, untuk memastikan keselesaan Si Comel, kami sarankan rakan-rakan untuk mengukur dahulu pada Si Comel anda sebelum membuat tempahan.


PANDUAN MENGUKUR SAIZ

Untuk memastikan Si Comel puan SELESA dengan set baju sekolah yang kita hasilkan, 2 ukuran yang penting untuk puan ukur adalah:

1. Panjang bahu
2. Panjang tangan

Untuk Labuh, tiada masalah kerana sekiranya panjang kita boleh potong mengikut kesesuaian nanti (^_^).

*Ukuran mungkin tidak tepat 100% pada badan Si Comel puan kerana ukuran kita adalah ukuran umum kanak-kanak. Sekiranya terlebih/kurang dalam +/- 1 inchi adalah perkara biasa. Eloknya lebih sedikit sebab budak akan membesar (^_^).


Sais bertindih – sebagai contoh, sekiranya Si Comel puan bersais biasa rakan sebaya berusia 8 tahun, in shaa Allah size SS sesuai. Namun jika puan rasa, beliau besar sedikit, in shaa Allah puan boleh cuba sais S. Namun kita sangat sarankan puan mengukur dahulu agar mendapat saiz yang lebih ideal.

Tidak perlu risau, jika tidak sesuai boleh ditukar, yang penting Si Comel SELESA (^_^).

Berikut model kita berusia 7 tahun menggayakan saiz baju size SS untuk rujukan puan.



MATERIEL

Dihasilkan dari materiel Koshibo Lembut - Picaso Gred AAA yang tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis bagi memastikan keselesaan Si Comel.


Borang Maklumat Hubungan

Info

Shipping & Returns



Sebarang Pertanyaan atau Tempahan boleh email ke anamarzashoppe[a]gmail.com atau whatsapp ke 0192513447 , dengan menyatakan

1. Code (Nama) produk
2. Kuantiti.
2. Saiz