Tips Pemakaian dan Penjagaan Instant Shawl

Tips Pemakaian dan Penjagaan Instant Shawl

Untuk Peminat Tudung INSTANT SHAWL, mungkin ada tips dibawah yang anda sudah tahu. tapi tak salahkan jika baca dan ambil tahu semula. Mungkin kita tahu dan pernah buat, tapi dek kerana kesibukan kita terlupa untuk melakukannya.

Pernah tak kita lihat ada orang pakai INSTANT SHAWL Nampak Cantik terbentuk. KEMAS! . Untuk mendapatkan bahagian muka yang cantik terbentuk, paling penting jangan pakai longgar sangat tau dan mesti pakai dengan anak tudung supaya lebih kemas. Cantik terbentuk! Takde menggerigi bagai. InsyaAllah

Jika bahagian muka INSTANT SHAWL tersebut sedikit longgar seeloknya kita perkecilkan sedikit. Boleh pilih samaada mahu memakai kerongsang atau jahit. Jika sayangkan Shawl boleh pilih jahit. bukan apa kekadang kerongsang yang kita gunakan tu boleh merosakkan tudung terutama jika kita dalam keadaan terburu buru, dan waktu tu pula kita tak perasan kerongsang yang kita ambil tu, sediki tumpul atau berkarat.

Tak nak la kan shawl yang kita beli mahal-mahal jadi rosak disebabkan kerongsang. Jika pakai INSTANT SHAWL tu kalau boleh tak payah pakai kerongsang langsung lagi baik , tapi ada sesetengah INSTANT SHAWL yang dibeli bahagian muka besar sedikit, kalau malas jahit memang kita akan pakai kerongsang jugak kan. Sekiranya terpaksa juga memakai kerongsang seeloknya letakkan potongan kecilgelang getah di pangkal jarum kerongsang (hujung bahagian dalam jarum brooch)  tersebut ya. Ini bertujuan untuk mengelakkan benang tudung dari tertarik. Pastikan juga jarum kerongsang betul-betul tajam dan tidak berkarat.


Bagaimana pula dengan Cara anda menyimpan INSTANT SHAWL 2 MUKA ? Adakah dengan cara

  1. Melipatnya
  2. Menyangkut di penyangkut (Hanger)

Apa kata anda cuba cara yang ini pula. Cuba sangkut INSTANT SHAWL 2 MUKA anda dengan cara menyangkut setiap bahagian muka di setiap hujung penyangkut (hanger) anda. Satu bahagian muka dihujung penyangkut sebelah kiri dan satu bahagian muka lagi di hujung penyangkut sebelah kanan.

Cara gantung begini akan membantu menjimatkan masa anda daripada menggosoknya. Jika lepas dibasuh anda biarkan shawl di dalam bakul bertindih dengan pakaian lain berhari-hari, ia akan berkedut. Beli la INSTANT SHAWL 2 MUKA anti kedut (Iron Less) sekalipun , jika anda biarkan ianya bercampur dan bertindih dengan pakaian lain untuk jangka masa yang agak lama, sudah tentu kedut seribu jadinya.
.
Jadi bagaimana cara terbaik untuk mengelakkannya berkedut? Jom ikut langkah ini:
.
.1) Basuh dengan mesin atau tangan. Seeloknya basuh dengan tangan; rendam sekejap → bilas → sidai
2) Terus gantung di ampaian, mengikut cara di dalam gambar


3) Angkat dari ampaian dan terus masukkan ke dalam almari atau tempat gantung tudung, juga dengan cara seperti dalam gambar
4) Ambil & boleh terus pakai! :)


Sekiranya ada keterbatasan untuk melakukan seperti di atas, PASTIKAN Selepas tudung diangkat dari jemuran, terus lipat atau gantung mengikut keselesaan anda. INGAT pantang larang yang satu ini tau.  JANGAN SESEKALI anda membiarkan tudung didalam bakul terlalu lama dan bertindih dengan pakaian lain. INGAT TAU! Itu pun kalau anda tak nak tudung menjadi terlalu renyuk dan susah digosok lakan 😎


Borang Maklumat Hubungan

Info

Shipping & Returns



Sebarang Pertanyaan atau Tempahan boleh email ke anamarzashoppe[a]gmail.com atau whatsapp ke 0192513447 , dengan menyatakan

1. Code (Nama) produk
2. Kuantiti.
2. Saiz